Penderia digunakan dalam alat-alat kegunaan harian seperti butang penaik peka sentuh atau lampu yang digelap atau diterang dengan menyentuh tapaknya. Aplikasi penderia termasuk dalam pembinaan automobil, mesin, aeroangkasa, perubatan, industri dan robotik.
Kesensitifan penderia menunjuk beberapa banyak output penderia itu berubah apabila kuantiti yang diukur berubah. Sebagai contoh, kalau merkuri dalam dalam termometer bergerak 1 cm apabila suhu berubah 1 °, kesensitifannya ialah 1 cm/1°. Penderia yang mengukur perubahan yang sangat kecil mesti mempunyai kesensitifan yang tinggi.
Kemajuan dalam teknologi membolehkan lebih banyak penderia dihasilkan pada skala mikroskop seperti teknologi MEMS. Kebanyakan penderia mikroskop mencapai kepantasan dan kesensitifan yang lebih tinggi berbanding dengan penderia makroskop.
Terma
- Penderia suhu: termometer, termogandingan, termistor, pengesan suhu rintangan, termostat
- Penderia haba: bolometer, kalorimeter
Elektromagnet
- Penderia rintangan: ohmmeter, multimeter
- Penderia arus: galvanometer, ammeter
- Penderia voltan: elektroskop daun, voltmeter
- Penderia kuasa: meter watt-jam
- Penderia magnet: kompas magnet, kompas pintu fluks, magnetometer, alat kesan Hall
- Pengesan logam
- Radar
Mekanik
- Penderia tekanan: altimeter, barometer, barograf, tolok tekanan, variometer
- Penderia aliran gas dan cecair: penderia aliran, anemometer, meter aliran, meter gas, meter air, penderia aliran jisim
- Penderia kelikatan dan ketumpatan gas dan cecair: viskometer, hidrometer, Tiub U berayun
- Penderia mekanik: penderia pecutan, penderia kedudukan, selsyn, suis, tolok keterikan
- Penderia kelembapan: higrometer
Kimia
- Penderia perkadaran kimia: penderia oksigen, elektrod pemilih ion, elektrod kaca pH, elektrod redoks, pengesan karbon monoksida
Sinaran optik
- Penderia cahaya: fotosel, fotodiod, fototransistor
- Penderia kehampiran
- Penderia gentian optik
Sinaran pengion
- Penderia sinaran: pengira Geiger, dosimeter
- zarah subatom: pengesan zarah, pengelip, kebuk awan
Akustik
- Akustik: kaedah mengira tempoh ulang alik ultrabunyi
- Penderia bunyi: mikrofon, hidrofon, siesmometer
- Sinaran optik
- Sinaran pengion
- Akustik
![]() |
COLOUR SENSOR |
![]() |
PUMP SENSOR |
No comments:
Post a Comment
Dicatat dengan rajin oleh