- “Suatu peralatan elektronik yang beroperasi secara digital dimana, ia menggunakan ingatan boleh-aturcara untuk menyimpan arahan di storan dalaman bagi melaksanakan fungsi-fungsi tertentu seperti logik, penjujukan, pemasaan, pembilang dan arimatik dengan cara mengawal menerusi modul/keluaran digital atau analog untuk berbagai jenis mesin atau proses”
Kelebihan PLC
- Membuat atau mengubahsuai sistem kawalan lebih mudah kerana tidak perlu mengubah sistem pendawaian, cuma perlu mengubah aturcara.
- Keboleharapan PLC adalah tinggi kerana ia menggunakan komponen elektronik yang tidak melibatkan pergerakan fizikal
- Penyelenggaraan PLC adalah mudah dan murah kerana ia menggunakan komponen elektronik dan ia mempunyai aturcara diagnostik sendiri. Ini akan mengurangkan masa mati.
- PLC boleh berantaramuka dengan PLC lain dan sistem komputer untuk memproses penukaran maklumat.
- Saiz PLC yang kecil menyebabkan ia hanya memerlukan ruang yang kecil dan sesuai diletakkan di mana-mana sahaja.
- PLC tahan lasak terhadap hingar elektrik, kelembapan yang tinggi dan persekitaran yang tidak selesa.
Gambar PLC Omron yang sangat meluas penggunannya dalam pendidikan
No comments:
Post a Comment
Dicatat dengan rajin oleh